Assalamualaikum.!!

Assalamualaikum.!!

Wednesday, September 15, 2010

BERDAKWAH MENGUKUH UKHWAH ISLAM

Untuk Renungan Semua
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

1 : Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KE-2 : Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KE-3 : Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KE-4 : Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.


KE-5 : Pabila mengatakan, ‘Maaf’ , tenunglah matanya.


KE-6 : Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KE-7 : Percayailah cinta pandang pertama.

KE-8 : Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KE-9 : Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KE-10 : Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KE-11 : Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KE-12 : Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KE-13 : Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’
KE-14 : Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KE-15 : Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KE-16 : Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KE-17 : Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KE-18 : Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KE-19 : Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KE-20 : Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KE-21 : Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
+++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”
Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.
******************************************************************************
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah..
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain
semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
********************************************************************
Kepada Muslimah-muslimah Di Luar Sana
Wahai wanita tidak bertudung…
Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yangbertudung…..

Wahai wanita yang bertudung…
Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebatmembakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walaubertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada…

Wahai wanita bertudung labuh…
Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita takbertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa….

Wahai wanita yang bertaqwa….
Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh..

Wahai muslimah solehah pula…
Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak,Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..

No comments:

Post a Comment